Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadualkan mengunjungi tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir di Kedah, hari ini.

Beliau akan mengunjungi PPS Stadium Sultan Abdul Halim, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah dan diikuti PPS Sekolah Kebangsaan Titi Gajah.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata anggota Agensi Pengurusan Bencana (NADMA) serta jabatan dan agensi berkaitan telah digerakkan ke PPS di negeri berkenaan.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat 8 pagi ini ketiga-tiga PPS tersebut menempatkan seramai 1,349 mangsa daripada 467 keluarga dari daerah Kota Setar.

Bagi keseluruhan Kedah, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di 42 PPS di enam daerah meningkat kepada 7,494 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 6,760 orang pada 8 malam tadi.-MalaysiaGazette

 

ARTIKEL BERKAITAN

Banjir di Kedah makin buruk, mangsa bertambah kepada 7,469

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here