Polis Diraja Malaysia (PDRM) memburu suspek langgar lari seorang anggota Polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dalam kejadian di Jalan Gombak di ibu negara.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa dalam hantaran di laman Facebook memberitahu, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian yang berlaku jam 12.11 tengah hari pada Khamis.