Premis perniagaan yang mempunyai kaitan dengan GISBH

KUALA LUMPUR- Polis menggempur beberapa perniagaan yang mempunyai kaitan dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) di Bandar Country Homes, Rawang, bermula 6.30 pagi tadi

Polis Kontinjen Selangor bersama pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyita pusat perniagaan yang sebahagian besarnya dimiliki oleh rangkaian GISBH dalam serbuan yang dibuat pada jam 6.30 pagi ketika di Bandar Country Homes, Rawang. Foto MOHD ADZLAN, 21 SEPTEMBER 2024.

Seramai 50 pegawai dan 200 anggota dari Polis Kontinjen Selangor, Unit Simpanan Persekutuan dan agensi-agensi lain termasuk Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) terlibat dalam operasi yang dinamakan Op Global itu.

Lebih 10 individu termasuk wanita dan kanak-kanak diperiksa dan dibawa ke IPK Selangor untuk proses dokumentasi dalam satu serbuan di pusat perniagaan yang sebahagian besarnya dimiliki oleh rangkaian GISBH ketika di Bandar Country Homes, Rawang. Foto MOHD ADZLAN, 21 SEPTEMBER 2024.

Antara pusat perniagaan yang diperiksa adalah restoran, bengkel kereta, kedai pakaian terpakai, pencetakan, pasar raya, kedai bakeri, pusat khidmat media, hotel, butik, galeri dan bentuk perniagaan lain yang kesemuanya menggunakan nama GISBH.

 

Pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) merobohkan pusat perniagaan yang sebahagian besarnya dimiliki oleh rangkaian GISBH dalam serbuan yang dibuat pada jam 6.30 pagi ketika di Bandar Country Homes, Rawang. Foto MOHD ADZLAN, 21 SEPTEMBER 2024.

Tinjauan mendapati MPS sedang merobohkan struktur GISBH yang dibina secara salah dan menyita beberapa premis perniagaan.-MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast