Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor.

KUALA LUMPUR – Ditegur kerana muntah dan sampah terkena kereta menjadi punca pergaduhan empat individu menggunakan parang di Telok Panglima Garang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam sekitar pukul 10.50 malam.

“Susulan itu, sepasukan polis tiba di lokasi terbabit sekitar 11 malam telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun yang memegang sebilah parang.

“Polis juga memberkas seorang lagi lelaki dan dua wanita masing -masing berusia 22 hingga 24 tahun yang turut bersama di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ahmad Ridhwan, kesemua suspek telah ditahan di lokap Balai Polis Banting dan direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 24 September bagi membantu siasatan.

Katanya, satu lagi kertas siastaan telah dibuka di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata di tempat awam.

“Orang awam dinasihati agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan pihak polis,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here