Roket dilancarkan Hezbollah sasar pusat komandu Israel. Foto IRNA

TEHRAN – Hezbollah melepaskan 25 roket ke utara Palestin yang diduduki Israel sebagai tindak balas ke atas pencerobohan tentera rejim zionis itu di selatan Lubnan.

Channel 14 Israel melaporkan, sebuah bangunan di kawasan Birya berhampiran Safed terkena bedilan semasa serangan tersebut.

Hezbollah mengumumkan serangan itu menyasarkan pusat arahan pertahanan udara utama komando Israel.

Selain itu, Hezbollah mengesahkan ia menyerang pusat penempatan batalion peninjau ke-631 yang dikaitkan dengan Briged Golani di tapak tentera Ramot Naftali menggunakan roket Katyusha.

Media Israel juga melaporkan tembakan peluru berpandu yang diperbaharui dari Lubnan ke arah Bukit Golan yang diduduki di Syria.

Media Lubnan menunjukkan gelombang terbaru serangan Hezbullah ini adalah tindak balas terhadap 70 serangan udara yang dilakukan oleh Israel di pelbagai kawasan di selatan Lubnan.

Sekurang-kurangnya 31 orang, termasuk komander kanan Hezbollah, Ibrahim Aqil maut dalam serangan Israel di pinggir selatan Beirut, Jumaat lalu. – Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here