KUALA LUMPUR – “Maafkan kami kepada yang telah menunggu lebih dua jam, kita sudah kehabisan nasi beriani”.
Itu pengumuman pengacara majlis pada pembukaan ke-10 restoran India Gate di New Town, Petaling Jaya pada 13 September lalu walaupun ketika itu masih ada kira-kira 300 penggemar beriani beratur.
Menurutnya, sepatutnya nasi beriani diberi secara percuma sebanyak 1,000 bungkusan orang namun ketika itu pihaknya sudah memberi kepada lebih 1,500 orang.
Ia menggambar menu signatur di India Gate menjadi tumpuan ramai.
Ia bukan sahaja sekadar tempat makan tetapi juga lokasi pengunjung dapat merasai keunikan budaya India melalui hidangan yang disediakan.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif India Gate, Saravanan Subramaniam cukup teruja dengan pembukaan cawangan restoran itu di Petaling Jaya atas permintaan ramai.
Katanya, pembukaan kali ini juga banyak juga signifikan kepada jatuh bangun bisnesnya sejak bermulanya India Gate sekitar tahun 2017 hingga waktu mencabar pada era pandemik 2021.
“Restoran India Gate mampu berkembang dan berjaya ke tahap hari ini kerana sokongan tidak berbelah bahagi penggemar menu kami terutamanya hidangan sentuhan khas seperti beriani selain masakan India Utara dan Selatan.
“Sememangnya perjalanan sehingga hari ini memang sungguh menakjubkan. Antara cawangan kita yang lain termasuklah yang pertama di Cyberjaya diikuti Puchong, Bangsar, Subang Jaya, Sentul, Seremban, Semenyih, Klang, Tropicana Golf and Country Resort kini di New Town.
“Di sini (New Town), menu kita sudah dirombak sedikit dengan memperkenalkan pelbagai menu menarik sambil terus mengekalkan masakan signatur kulinari autentik serta aroma. Selain itu, suasana elegan pastinya menarik pelbagai golongan pada setiap masa.
“India Gate tidak pernah ‘kedekut’ dalam bukan rasa makanan yang kaya dengan rempah ratus dalam setiap hidangan sebaliknya kita juga pastikan restoran ini indah dengan warna warni, setiap reka bentuk dalam restoran saya sendiri yang reka kerana setiap pengunjung hadir perlu merasa ‘kehebatan’ dalam semua aspek,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada wartawan MalaysiaGazette selepas majlis yang dirasmikan sendiri oleh ibunya baru-baru ini.
Kata Saravanan, beliau menjadi lebih teruja kerana perasmian itu bukan sahaja lambang kejayaan sebaliknya India Gate juga telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) atas kerana berjaya menghasilkan beriani dan roti naan terbanyak sepanjang tahun.
“Sepanjang tahun, kita telah berjaya jual beriani sebanyak 573,619 hidangan dan 379,485 roti nan sehingga telah diberikan pengiktirafan. Ini satu kejayaan yang besar maknannya buat kita semua terutamanya warga India Gate serta pelanggan kami.
Dalam pada itu, kata Saravanan lagi, beliau sedang dalam perancangan pengembangan rangkaian restorannya di Jalan Changkat, Bukit Bintang, Kuala Lumpur akan dibuka pada Disember ini.
“Tahun depan kami menyasarkan untuk membuka cawangan di Johor, Pulau Pinang, Ipoh (Perak) dan Melaka selain turut meneroka peluang melebarkan sayap ke luar negara bermula di Singapura.
“Satu sahaja kekangan yang kita hadapi, andainya kerajaan dapat bantu kita mempercepat proses pengambilan pekerja dari India bagi menampung peningkatan permintaan di sektor restoran hidangan India.
Antara menu istimewa India Gate termasuklah beriani yang terkenal dengan keharuman rempahnya, Butter Chicken yang lembut dan berkrim.
Selain itu, hidangan tandoori mereka yang dipanggang dalam ketuhar tanah liat menjadi kegemaran ramai selain roti naan serta dan hidangan kari mendapat sambutan hebat terutama apabila disajikan dengan pelbagai jenis sos dan chutney.
Menu mereka tidak terhad kepada hidangan daging sahaja sebaliknya India Gate turut menawarkan pelbagai pilihan vegetarian seperti Paneer Tikka, Dal Makhani dan Aloo Gobi, yang pasti memuaskan selera pelanggan yang tidak mengambil daging.
India Gate juga terkenal dengan pelbagai pilihan manisan India seperti Gulab Jamun, Rasmalai, Jigartandha yang sempurna sebagai penutup hidangan. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: