Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Hussein Omar Khan bercakap kepada media selepas Program Selangor Police Integrity Half Marathon 2024 di Stadium Sultan Sulaiman, Klang. Foto MOHD ADZLAN, 22 SEPTEMBER 2024.

KLANG – Polis masih mengklasifikasikan kes kematian penyanyi Muhammad Nidza Afham Mokhtar sebagai Laporan Mati Mengejut ( SDR).

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia kerana tiada unsur jenayah dikesan pada kematian mangsa.

“Siasatan polis tidak menemui sebarang elemen jenayah pada mayat mangsa yang ditemui di Sungai Klang di sini, pada 14 Ogos lalu.

“Siasatan menyeluruh kes ini masih diteruskan sebagai SDR dan kes kini hampir selesai.

“Kertas siasatan kes ini akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pada program Larian Marathon Selangor Police Integrity 2024 di Stadium Sultan Suleiman di sini, hari ini.

Artikel berkaitan: Penemuan konsisten, kematian Nidza Afham kekal kes SDR

Ibu reda pemergian Nidza Afham

Nidza Afham perbaiki solat, mahu jadi imam – Abang

Keluarga Nidza Afham serah siasatan kepada polis – Abang

Perjalanan Terakhir Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar

Bedah siasat jenazah Nidza Afham selesai

Muhammad Nidza Afham rancang untuk bertunang – Adik

Umi paling terkesan, kata kakak sulung Nidza Afham

Mayat Nidza Afham ditemui, suasana pilu di Hospital Shah Alam

Allahyarham Nidza Afham, 23, dilaporkan hilang pada 13 Ogos selepas keluar dari rumahnya di Bandar Puteri, Klang untuk berjoging ke stadium Sultan Suleiman kira-kira pukul 7.45 petang.

Lokasi terakhir keberadaan simati dikesan di Jambatan Kota,  susulan penemuan telefon bimbit dan dompet berisi dokumen mangsa.

Kehilangan peserta rancangan realiti Can See Your Voice 3 itu bagaimanapun terungkai selepas penemuan mayatnya di Sungai Klang iaitu pada jarak satu kilometer dari jambatan berkenaan, kira-kira pukul 7.30 petang pada 14 Ogos lalu.

Polis turut mengesahkan tiada kehilangan dokumen atau barang kepunyaan arwah seperti didakwa.

Malah ahli keluarganya juga tidak membuat laporan polis berhubung perkara itu. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here