Pemandu bas dan empat penumpang cedera selepas bas ekspres terbabas dan masuk parit di Kilometer 91.4, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Yong Peng, Batu Pahat, awal pagi tadi.

BATU PAHAT – Pemandu bas dan empat penumpang cedera selepas bas ekspres terbabas dan masuk parit di Kilometer 91.4, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Yong Peng dekat sini awal pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Pegawai Bomba Muhammad Farhan Ahmad berkata, kemalangan tersebut berlaku pada pukul 3.56 pagi.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada pukul 4:04 pagi, hanya lapan minit selepas panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut diterima.

“Setibanya di tempat kejadian, kami mendapati pintu bas rosak dan penumpang tidak dapat keluar.

“Kami segera menggunakan peralatan khas untuk memotong kaca dan mengeluarkan kesemua 11 penumpang melalui cermin hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, lima cedera iaitu pemandu bas dan empat penumpang.

Menurutnya, pemandu bas bersama seorang penumpang diberi rawatan segera oleh petugas perubatan yang hadir.

Katanya, operasi yang tamat pada pukul 5.18 pagi itu disertai 14 anggota dari BBP Yong Peng dan BBP Ayer Hitam.

Tambah beliau, mereka turut dibantu dua buah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan.- MalaysiaGazzete

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here