Seorang penunggang motosikal maut dalam nahas membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Kuala Lumpur - Ipoh berdekatan Taman Emas, Batu 30, Hulu Selangor pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal maut akibat masuk laluan bertentangan dalam kejadian di Jalan Kuala Lumpur – Ipoh berdekatan Taman Emas, Batu 30, Hulu Selangor hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, dalam kejadian sekitar 9.30 pagi itu menyebabkan mangsa berusia 36 tahun maut di lokasi kejadian.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah  kereta jenis Perodua Axia dipandu lelaki berusia 42 tahun dalam perjalanan dari Rawang ke Rasa.

“Kemudian, datang motosikal jenis Yamaha LC ditunggang mangsa dari arah bertentangan telah memotong sebuah kenderaan di hadapannya lalu masuki ke laluan kereta Axia terbabit hingga bertembung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Asri, mangsa kemudia disahkan meninggal dunia dan telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu bagi proses bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kemalangan terbabit bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here