Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang terperosok bawah sebuah kereta dalam kemalangan di Kilometer 41 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, Batu Pahat, semalam.

KULAI – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang terperosok bawah sebuah kereta dalam kemalangan di Kilometer 41 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Penguasa Bomba Kanan II Awang Ismail Awang Hanafi, panggilan kecemasan diterima pada pukul 6.24 petang.

Berikutan itu katanya, tujuh anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati kemalangan melibatkan motosikal Yamaha Lagenda ditunggang mangsa dan sebuah Perodua Myvi.

“Penunggang motosikal, Mohamad Zuraidi Jamadi yang berusia 46 tahun, ditemui tersepit bawah kereta akibat perlanggaran tersebut.

“Pihak bomba segera bertindak menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa.

“Malangnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh kakitangan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang hadir di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, pemandu Perodua Myvi, Siti Nor Asmath Wan Hassan, 34, tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya keluar dari kenderaan tanpa bantuan.

Operasi tamat pada pukul 7.12 petang selepas semunya selesai, tambahnya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here