Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganya terbabas dalam kejadian di Jalan Felda Soeharto, Hulu Selangor semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, kemalangan berlaku sekitar  11.30 malam melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR ditungang mangsa.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal seorang diri sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Felda Sungai Tengi dari tempat kerja di Proton Tanjung Malim.

“Semasa melalui jalan Felda Soeharto, motosikal ditunggangnya telah hilang kawalan dan terbabas di bahu jalan dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan klinik Felda Soeharto,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Asri, susulan itu siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau juga meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan kemalangan terbabit bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here