Kira-kira 300 ahli baharu khasnya golongan muda menyertai MIC Pulau Pinang baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Pemuda MIC Pulau Pinang menerima dengan keahlian kira-kira 300 orang rata-ratanya golongan muda dalam kalangan masyarakat India di negeri itu hari ini.

Ia dianggap sebagai satu kejayaan buat parti itu apabila berjaya menarik keahlian itu dalam tempoh kurang dua bulan sahaja, kata Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, Arvind Krishnan.

Kata Arvind, sokongan diterima kerana kepimpinan tertinggi terutamanya Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran dan timbalannya, Datuk Seri M Saravanan yang bekerja keras  mengembalikan kegemilangan parti itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Pertama, saya harus ucapkan tahniah tidak terhingga kepada Ketua Pemuda MIC Pulau Pinang, Rubaraj Tamotiran dan Timbalannya, Rukumaran Marimuthu yang telah memainkan peranan penting memastikan beratus-ratus keahlian terus meningkat saban bulan.

“Saya bangga melihat pergerakan pemuda kini lebih aktif, jentera ini sudah lama bergerak tidak kira ia musim pilihan raya atau sebaliknya. Penghargaan juga perlu diberikan kepada Pengerusi MIC Pulau Pinang, Datuk J Dhinagaran.

“Umum semakin yakin dengan MIC kerana kita sudah berada di pentas utama politik negara ini sebelum kemerdekaan dengan visi misi memperjuangkan kebajikan rakyat khasnya dalam kalangan kaum India di negara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Rubaraj turut melahirkan yakin dengan keahlian yang semakin meningkat dalam parti MIC di negeri itu.

Ketua Pemuda MIC Pulau Pinang, T Rubaraj

“Saya selaku Ketua Pemuda negeri rasa bangga atas komitmen ditunjukkan oleh ahli-ahli baharu ini dan menyeru supaya kesetiaan kepada perjuangan parti yang kita sayangi ini terus dikekalkan.

“Hari ini dalam satu majlis, lebih 250 ahli baharu telah hadir kerana mereka percaya perjuangan MIC bukan sahaja untuk hari ini sebaliknya untuk masa depan. Kami juga berjanji akan terus berjuang bagi memastikan hak-hak masyarakat kita terjamin,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here