Polis Kontinjen Selangor bersama pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyita pusat perniagaan yang sebahagian besarnya dimiliki oleh rangkaian GISBH dalam serbuan yang dibuat pukul 6.30 di Bandar Country Homes, Rawang. Foto MOHD ADZLAN, 21 SEPTEMBER 2024.

KUALA LUMPUR – Pas menyokong tindakan tegas diambil terhadap pihak dalam Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) yang didapati bersalah berkait beberapa isu berkaitan fahaman salah dan eksploitasi kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata keghairahan menghukum mereka tidak harus memberi kesan buruk ke atas kumpulan tersebut secara keseluruhan terutama terhadap ahli-ahli yang tidak bersalah termasuklah aktiviti GISBH yang sah, mematuhi undang-undang dan bermanfaat.

“Dalam hal ini, Pas percaya sisi-sisi positif kumpulan ini, termasuk jaringan perniagaannya yang luas, hendaklah dipelihara dan dilindungi daripada tindakan terburu-buru dan tidak adil yang mungkin berpunca daripada sentimen melulu, prasangka, persaingan perniagaan atau agenda politik tertentu pihak-pihak yang mahu menangguk di air keruh,” katanya menerusi kenyataan.

Artikel berkaitan: 155 pengikut GISBH ditahan dalam Op Global Fasa 4 – KPN

JAIS kemuka laporan penuh GISBH minggu depan – Exco

Serbuan kedua GISBH di Melaka, 21 lagi individu ditahan

Polis serbu tiga rumah keluarga Ketua Pegawai Eksekutif GISBH di Kelantan

Polis gempur premis GISBH di Melaka

PPIM nafi dakwaan bersekongkol dengan GISBH

Polis gempur perniagaan GISBH di Rawang

Jawatankuasa Fatwa Perlis putuskan GISBH ajaran sesat

Namun, katanya, Pas mengalu-alukan siasatan telus dan profesional ke atas pelbagai dakwaan terhadap kumpulan berkenaan mengikut undang-undang yang sesuai, melibatkan pelbagai dakwaan seperti amalan perniagaan, salah laku seksual, penganiayaan, perbuatan jenayah dan sebagainya.

Meskipun begitu, tambahnya, langkah dan tindakan yang diambil perlu dilakukan dengan cermat dan teliti.

“Pas menggesa semua langkah diambil mestilah dibuat secara cermat dan teliti bagi memastikan tidak berlakunya pengabaian hak, ketidakadilan, dwistandard atau tindakan yang berlebihan-lebihan,”tambahnya.

Semalam dilaporkan, polis menahan seramai 155 pengikut GISBH melibatkan 78 lelaki dan 77 wanita menerusi Operasi Global (Op Global) Fasa 4 yang dijalankan di seluruh Semenanjung sejak awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husin, pihaknya juga berjaya menyelamatkan 186 mangsa melibatkan 102 lelaki dan 85 wanita termasuk kanak-kanak yang dirotan oleh seorang lelaki ahli kumpulan berkenaan hingga tular di media sosial baru-baru ini.- MalaysiaGazette

 

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here