Gambar hiasan

ALOR GAJAH – Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam di rumahnya Jalan Pulau Semut, Solok Duku, Masjid Tanah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superitendan Ashari Abu Samah berkata, kematian wanita berusia 69 tahun itu dimaklumkan oleh anak saudara lelakinya di Balai Polis Masjid Tanah kira-kira pukul 8.45 pagi.

“Hasil siasatan polis di lokasi kejadian mendapati mangsa yang tinggal seorang diri di rumah berkenaan ditemukan terbaring di atas lantai beralaskan bantal.

“Separuh badan si mati ditutupi kain selimut selain turut ditemukan sebilah gunting di sebelah kanan mayat yang dipercayai sudah meninggal dunia sejak tiga atau empat hari lalu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka turut menggunakan khidmat anjing pengesan Unit K9 untuk membuat pencarian di tempat kejadian namun tidak menemui sebarang unsur jenayah.

“Mayat wanita yang juga mengidap sakit kencing manis dan darah tinggi kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan proses pengecaman ahli keluarga.

“Hasil keputusan proses bedah siasat bagaimanapun mendapati tiada unsur jenayah pada tubuh simati dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast