Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercakap kepada media selepas hadir Sesi Libat Urus antara 66 Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Swasta dengan 12 Kementerian TVET ketika di Palm Garden Hotel, IOI Resort Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 23 SEPTEMBER 2024.

PUTRAJAYA – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) menjalinkan kerjasama bagi pembangunan 10 buah stesen minyak BHPetrol di kawasan luar bandar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerjasama tersebut bertujuan mengurangkan jurang pertumbuhan ekonomi antara desa dan bandar untuk memastikannya lebih seimbang.

“Kawasan luar bandar di Malaysia sering dicirikan oleh tahap infrastruktur yang rendah, akses yang terhad, serta jurang pembangunan yang ketara berbanding kawasan bandar.

“Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara dan kesejahteraan sosial secara keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KKDW dan BHPetrol, di sini, hari ini.

Hadir sama adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang.

Antara stesen BHPetrol yang akan dibina adalah di Kampung Awah, Temerloh, Pahang; Sri Gading Batu Pahat, Johor; Pejabat KEDA Zon 4, Sik, Kedah, Bendang Man, Sik, Kedah; Sungai Tengas, Serdang, Kedah; Ara Kuda, Pulau Pinang; Taman Kesedar Putra 2, Kelantan; Tumbi Rapat, Jeli, Kelantan; Bandar Penawar, Johor dan Kubang Menerong, Pulau Pinang.

Menurut Ahmad Zahid, usaha pembangunan itu tidak boleh diletakkan di bahu Kerajaan semata-mata tanpa kerjasama dengan pelbagai pihak seperti syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan sektor swasta.

Tambah beliau, usaha sama itu akan membantu kementerian dalam mencapai matlamat pembangunan ekonomi dan keusahawanan desa.

“⁠Inisiatif-inisiatif ini bukan sahaja memacu teknologi di kawasan setempat, tetapi turut memberi peluang kepada usahawan desa untuk memasarkan produk mereka, sekaligus meningkatkan pendapatan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast