Kumpulan EB terus mengukuhkan kedudukan dalam pasaran dengan pilihan produk mereka menerusi pelancaran produk terbaru iaitu EB Kranch.

KUALA LUMPUR – Kumpulan EB iaitu pengeluar jenama produk sejuk beku penggoreng udara (airfryer) terus mengukuhkan kedudukan dalam pasaran dengan pelancaran produk terbaharunya, EB Kranch.

Pengerusinya, Ang Chin Hooi berkata, syarikat itu yakin melalui strategi pemasaran yang dilaksanakan membolehkan EB mencapai matlamat sebagai jenama nombor satu bukan sahaja di negara ini malah peringkat global.

“Langkah pertama kami adalah mewujudkan model perniagaan yang berkesan di Malaysia yang kemudiannya akan direplikasi di Singapura, Hong Kong, China, Indonesia, Vietnam dan negara lain.

“Seterusnya, kami berharap untuk melancarkan lebih banyak produk baharu untuk memenuhi keperluan gaya hidup sibuk pengguna moden dan menjadi impian pihak Kumpulan EB juga untuk menjadi perintis industri makanan dengan rangkaian produk sejuk beku baharu,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketika ini, Kumpulan EB menawarkan 11 produk sejuk beku, sembilan daripada produki ini sudah berada dalam pasaran negara manakala enam daripada produk ini juga turut dijual di Singapura.

Mempromosikan kaedah memasak tanpa minyak, antara kelebihan rangkaian produk EB Kranch juga melalui cara penyediaan ringkas yang hanya mengambil masa 10 minit, sekaligus mencapai matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dengan menggalakkan kecekapan tenaga dan mengurangkan kesan pada alam sekitar.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat EB, Chris Ooi berkata, pengenalan produk baharu  juga mempelbagaikan pilihan pengguna melalui penawaran makanan yang mudah dimasak tanpa mengorbankan kualiti, rasa atau tekstur.

“Dalam memastikan rangkaian  ini menghasilkan produk yang menepati cita rasa pengguna, proses penghasilkannya  juga di buat melalui pemilihan bahan-bahan yang  teliti dalammemastikan kualiti produk ini kekal terjaga.

“Sebagai sebahagian daripada strategi pemasaran komprehensif Kumpulan EB juga turut memperuntukkan RM20 juta untuk tujuan promosi dalam memastikan jenama EB Kranch menjadi pilihan ramai,” katanya.

Sementara itu, antara produk EB yang popular a di pasaran negara ini adalah Chicken Kaarage, Cheezy Chicken Meatball, Mini Cheese Sticks, Tempura Chicken Nugget dan Cheezy Chicken Nugget. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here