Petugas unit vektor Jabatan Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan kerja-kerja penyemburan asap di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Menara City One untuk mencegah pembiakan nyamuk Aedas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto: MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan bagi tempoh 8 hingga 14 September (Minggu Epidemiologi ke-37) adalah sebanyak 1,794 kes berbanding 1,870 kes pada minggu sebelumnya.

Sepanjang tempoh itu tiada kematian direkodkan.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-37 adalah sebanyak 100,236 kes berbanding 84,865 kes bagi tempoh sama tahun 2023.

Manakala terdapat 89 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 59 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023.

Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-37 adalah sebanyak 43 lokaliti berbanding 53 lokaliti hotspot pada minggu
sebelumnya.

Dari 43 lokaliti yang dilaporkan, 32 lokaliti di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Perak (tiga), Negeri Sembilan dan Pulau Pinang (dua) dan Kelantan (satu).

Bagi survelan chikungunya, tiada kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-37. Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 72 kes.

Tiada wabak Chikungunya dilaporkan.

Bagi survelan zika, sebanyak 1,934 sampel darah, lapan sampel urin dan tiga sampel cairan serebrospinal telah dijalankan saringan zika dan semua keputusan adalah negatif. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here