Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menegaskan siasatan kes itu dijalankan secara berhati-hati bagi memastikan tindakan ke atas Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) dijalankan dengan telus dan menyeluruh.
“Ada dua tiga perkara yang perlu dijelaskan dalam hal ini. Bagi pihak PDRM, kita akan menyiasat bawah undang-undang yang ada di dalam Malaysia untuk kesalahan seperti Akta Kanak-kanak, Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak, Akta Antipemerdagangan Orang dan akta-akta lain.
“Untuk akidah pula, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang akan uruskan.. Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) akan menentukan adakah ini akidah yang betul.
MalaysiaGazette.com – Online News / Portal – Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
#malaysiagazette #mgtv