Sebuah kereta dipandu seorang wanita warga emas merempuh sebuah farmasi di Jalan Lingkaran 2, Taman Sri Lambak, Kluang, hari ini.

KLUANG – Gara-gara tersalah tekan pedal minyak, kereta dipandu seorang wanita warga emas merempuh sebuah farmasi di Jalan Lingkaran 2, Taman Sri Lambak di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian sekitar pukul 12 tengah hari itu berlaku ketika wanita berusia 68 tahun itu mahu masuk kawasan parkir depan farmasi berkenaan.

Katanya, semasa mahu meletakkan kenderaan itu di dalam kawasan parkir, wanita terbabit telah tersalah tekan pedal minyak menyebabkan kereta jenis Inokom Atos hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam farmasi.

“Akibat kejadian itu, besi kaki lima hadapan premis patah, cermin kaca pintu hadapan kedai pecah dan mengalami kerosakan barang-barang farmasi.

“Mangsa, Chen Mun Moy yang beralamat di Gelang Patah, Johor Bahru tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, siasatan lanjut dijalankan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59). – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here