Insiden paip pecah di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur Foto DBKL

KUALA LUMPUR- Kerja-kerja pembaikan paip pecah di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur telah siap jam 5 petang tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam kenyataan berkata, ketika ini kerja-kerja penurapan jalan sedang dijalankan dan dijangka siap dalam tempoh 24 jam.

Bagaimanapun katanya, ia bergantung pada keadaan cuaca di lokasi kejadian.

“Sebarang perkembangan lanjut berkenaan kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung Air Selangor menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300,” katanya.

Terdahulu Air Selangor menjelaskan insiden yang berlaku di Jalan Sultan Ismail bukan disebabkan mendapan tanah sebaliknya paip pecah.

“Secara amnya, kejadian paip pecah boleh menyebabkan kerosakan jalan di sekitar kawasan terlibat kerana tekanan air yang tinggi dalam sistem paip,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Jalan rosak akibat paip pecah di Jalan Sultan Ismail

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here