Dari kiri: Muhammad Razif Mahaboob, Shuhaibahtulaslamiah Hurmuzan, Datuk Dr. Mohammad Hardee Ibrahim, Jil Afril Jamaluddin, Saipul Mat Ramli dan T.M Rajeswaran di Majlis Menandatangani MoU baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – SME Bank Malaysia Berhad (SME Bank) dan National Union of Commercial Workers (NUCW) telah menandatangani pembaharuan Perjanjian Kolektif bagi tempoh Julai 2022 hingga Jun 2025.

Pemangku Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Dr. Mohammad Hardee Ibrahim berkata, pembaharuan Perjanjian Kolektif yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada 26 Ogos 2024 akan memberi manfaat kepada 127 pekerja bukan eksekutif SME Bank, yang mana mereka akan menerima penambahbaikan kepada terma dan syarat pekerjaan mereka.

Menurutnya, pembaharuan ini akan merangkumi pakej gaji yang lebih baik dan peningkatan dalam elaun sara hidup bulanan untuk menyokong pekerja kami menguruskan kenaikan kos sara hidup.

Presiden NUCW SME Bank, Muhammad Nazrul Nizar Zulkifli berkata, berterima kasih terhadap kepimpinan SME Bank di atas komitmen teguh dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan kakitangan bukan eksekutif bank sentiasa diberikan keutamaan. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here