Pasukan bomba dan penyelamat menjalankan operasi menyelamat mangsa yang terbabit dalam nahas kemalangan di Jalan Merapoh - Kuala Lipis, Lipis dalam kejadian awal pagi tadi

KUANTAN – Tiga lelaki maut dirempuh sebuah kenderaan pikap jenis Hilux ketika sedang membaiki treler rosak di Jalan Merapoh – Kuala Lipis, Lipis pada awal pagi tadi.

Menerusi kenyataan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 2.44 pagi.

“Sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lipis ke lokasi yang berada 84 kilometer dari balai sebelum tiba ke tempat kejadian kira-kira sejam kemudian.

“Ketika tiba di lokasi mendapati tiga mangsa maut, dua cedera dan dua selamat dalam kemalangan tersebut.

“Semua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam,” katanya.

Mangsa yang cedera diberikan rawatan awal dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here