Laksaman Datuk Zulhelmy bersama Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin dan disertai oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab. Rahman di Auditorium Wisma Pertahanan

KUALA LUMPUR – Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain secara rasmi dinaikkan pangkat memegang jawatan sebagai Panglima Tentera Laut Ke-19.

Upacara rasmi itu telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan disertai oleh Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Mohammad Ab. Rahman di Auditorium Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Zulhelmy menggantikan Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob yang akan bersara pada 2 Disember ini.

Zulhelmy yang dilahirkan pada 2 Januari 1968 di Kuala Lumpur memulakan kerjayanya dalam TLDM pada 1986 setelah menjalani latihan sebagai pegawai kadet.

Sejak itu, beliau menempuh perjalanan panjang dalam bidang pertahanan maritim terutama dalam bidang kapal selam selepas berjaya memperoleh kepakaran pada tahun 1993 di  Platypus, Australia.

Antara pencapaian penting beliau adalah membawa pulang Kapal Selam Pertama Malaysia, KD Tunku Abdul Rahman dari Perancis pada 2009 serta memegang jawatan utama seperti Panglima Wilayah Laut 1 dan Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here