Normah Ann yang merupakan warga emas tetapi masih gagah menoreh getah bagi kelangsungan hidup bersama anak dan cucu-cucunya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Orang Asli Bukit Panjang, Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 10 MAC 2022.

KUALA LUMPUR – Insentif Pengeluaran Getah (IPG) getah cuplump dan lateks teraktif di Sabah dan Sarawak bagi bulan Ogos 2024.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) berkata, harga purata peringkat ladang untuk cuplump di Sabah dan Sarawak pada bulan tersebut masing-masing RM2.90 dan RM2.80 sekilogram.

IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah cuplump berada di paras RM3.00 sekilogram ke bawah.

Bagi Sabah, kadar IPG Ogos untuk cuplump dan lateks teraktif ialah 10 sen sekilogram untuk 50 peratus kandungan getah kering (KGK) dan 20 sen sekilogram untuk 100 peratus KGK.

Bagi Sabah pula, kadarnya ialah 20 sen sekilogram untuk 50 peratus KGK dan 20 sen sekilogram untuk 100 peratus KGK.

Manakala kadar IPG bagi lateks ialah 90 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK.-

Untuk Sarawak pula, kadar 20 sen sekilogram untuk 50 peratus KGK dan 40 sen sekilogram untuk 100 peratus KGK.

LGM berkata, pekebun kecil di Sabah dan Sarawak layak menerima bayaran IPG mulai 1 hingga 30 September 2024 berdasarkan pengeluaran getah pada bulan Ogos 2024. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here