KUALA LUMPUR – Mengembalikan semula Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak akan menjadikan pelajar sebagai ‘tikus makmal’.
Dr. Anuar Ahmad berkata, ‘tikus makmal’ merupakan istilah kepada sesuatu yang bersifat masih dalam eksperimen dan kepada perkara yang belum pasti.
Sebaliknya menurut pensyarah kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, mengembalikan UPSR bukanlah sesuatu yang bersifat eksperimen.
Ini kerana UPSR telah dilaksanakan selama 35 tahun sejak 1988, ujar beliau.
“Kita tidak bereksperimen lagi dengan UPSR. Cuma sepanjang 35 tahun itu telah berlaku ‘kesesatan’ UPSR yang disebabkan oleh para’penunggang UPSR’.
“Itu bukanlah masalah UPSR. Itu masalah dari penunggang UPSR. Jadi penggunaan istilah ‘tikus makmal’ tidak tepat untuk UPSR,” katanya.
Tambah beliau, sebaliknya, istilah ‘tikus makmal’ lebih tepat digunakan untuk Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang dimulakan sejak 2017.
Beliau menegaskan, eksperimen PBD belum selesai hinggalah hari ini dan keluhan ibu bapa serta guru bertali arus sepanjang masa terhadap PBD.
“Kemuncaknya, gesaan supaya UPSR dan PT3 dikembalikan kerana sebahagian besar ibu bapa dan guru-guru yakin bahawa PBD telah gagal selepas tujuh tahun dieksperimenkan.
“Sejak eksperimen dimulakan pada 2017, PBD sentiasa diubahsuai, ditukarkan sistem gred, tambah baik sistem rekod, guru yang tiba-tiba diberikan autonomi, dimesrakan PBD untuk ibubapa dan berbagai lagi eksperimen PBD,” katanya.
Menurut Anuar, bagi merasionalkan eksperimen PBD istilah seperti ‘penambahbaikan berterusan’, ‘penjajaran’, ‘intervensi’ dan ‘penyelarasan’ digunakan.
Istilah itu katanya, membawa maksud bahawa PBD masih di dalam prosedur eksperimen, belum stabil dan belum mantap.
Eksperimen terkini ialah pada bulan Mac 2024 dengan pengenalan PBD mesra ibu bapa di dalam dokumen intervensi kurikulum.
“Siapa sebenarnya yang menjadi ‘tikus makmal’ untuk eksperimen PBD? Tentulah murid.
“Mahu gunakan simpul bahasa yang mengambarkan keadaan sebenar tentang isu UPSR dan PBD bukanlah ‘seperti tikus makmal’, tetapi yang lebih tepat ialah ‘seperti tikus membaiki labu’,” katanya.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek baru-baru ini dilaporkan berkata, anak-anak bukan tikus makmal ketika mengulas desakan supaya UPSR dan PT3 dimansuhkan.
Fadhlina berkata, Kementerian Pendidikan masih kekal dengan keputusan terdahulu yang memansuhkannya pada 2022. -MalaysiaGazette
Saya sangat bersetuju dgn Profesor. Pengalaman saya.sendiri dlm memastikan anak buah saya dapat masuk MRSM 2 tahun lepas amat mendukacitakan. Pihak MRSM menetapkan tempoh permohonan kemasukan. Sehingga 3 hari sebelum tarikh tutup permohonan, pihak sekolah belum dapat mengeluarkan result PBD. Sehingga saya hubungi JPN minta mereka menggesa pihak sekolah mempercepatkan proses maklumat PBD. Esok tarikh last penghantaran permohonan, baru anak buah saya dapat result. Bagi saya PBD boleh diteruskan sebagai.assesment for learning dan diambil kira untuk.murid tetapi UPSR dan PT3 diteruskan sebagai final result yang standard bagi pembelajaran. Saya yakin dengan kemampuan Lembaga Peperiksaan yg lebih arif dalam perkara ini kerana badan ini telah.lama mengurus kualiti pembelajaran di Malaysia.
menteri pendidikn tidak sedar bhw exam adalah kaedah termudah utk memotivaskan pelajar urk belajar. bila pelajar terdorong utk belajar bwnyak kesan pisitif terbentuk.
PBD ada baik buruknya sebaris menilai sikap peribadi dan tatasusila pelajar tetapi UPSR dan PMR adalah pengukur kemampuan usaha dalam matapelajaran yang dipelajari. Seharusnya PBD dijalankan adalah sebagai tambahan kepada Ujian UPSR dan PMR supaya lebih mantap TETAPI bukan memansuhkan UPSR dan PMR kerana membuat pelajar agak tidak bersemangat bila belajar. Itu yang saya lihat dan rasakan sebagai seorang ibu.
PBD dijalankan serentak dengan / bersama dengan UPSR dan PMR. Biar seiring dalam membentuk sahsiah pelajar sambil mengukur kemampuan dan usaha pelajar terbabit baru lah MANTAP!
Saya setuju sgt2 UPSR & PT3 (SRP) dikembalikan. Barulah murid2 oleh nampak jelas pencapaian prestasi p&p mereka.
setuju dgn encik syaiful nizam hassan
PBD adalah sistem yg gagal..tanpa peperiksaan berpusat utk menilai prestasi pelajar ianya terdedah kpd pnyalahgunaan kuasa dan pilih kasih oleh pihak sekolah utk menilai kemampuan pelajar..pelajar pun tak boleh nak fokus sbb keputusan peperiksaan tak direkodkn..saya sebagai ibubapa pun tak tahu nak guide anak2 cmamana..KPM tlong kmbali ke UPSR dan PMR..kita dah ada TVET utk pelajar2 yg kurang kmampuan akademik..
Hanya kelompok guru yang merasai, menyelami, mengalami, melalui, menghayati baik buruknya pelaksanaan PBD. Sedar atau sengaja tidak sedar, terdapat sebahagian guru berasa meluat dan bosan dengan pentaksiran ini maka tidak mustahil begitu ramai guru berpusu-pusu untuk memohon bersara pilihan atau bersara awal sejak empat tahun belakangan ini kerana sudah tidak menekmati kepuasan kerja. Seutuhnya pihak luar tidak tahu-menahu berkaitan situasi yang berlaku di dalam bilik darjah yang dikendalikan oleh para guru termasuk pihak atasan KPM sendiri yang merancang dasar pentaksiran kurikulum secara hipotesis yang belum pasti kebenarannya. Guru adalah merupakan pekerjaan profesional yang terdidik dengan sikap kebenaran dan berintigriti dalam menyampaikan ilmu, namun pihak luar tidak tahu bahawa sebahagian besar guru terpaksa berbohong dan menipu demi menyelamatkan “periuk nasi” diri sendiri dalam melakukan pentaksiran PBD yang diwajibkan tercapai dalam tempoh masa tertentu.
sy memang tak setuju pemansuhan upsr yg memberi kesan kpd 2 org anak sy yg seperti tiada hala tuuju dlm belajar…Pihak kementerian mohon fikirkan semula apa akan jadi pada generasi akan datang khususnya Melayu ..pelajar cemerlabg SPM thn 2023 adalah kumpulan pelajar terakhir seblm upsr dimansuhkan