Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar. Foto SADIQ SANI, 14 SEPTEMBER 2024

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga emas mengalami kerugian lebih RM1.2 juta  selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tawaran awam permulaan (IPO) atas talian.

Ketua Polis Johor, Komisioner Datuk M. Kumar berkata, lelaki itu terpedaya selepas melihat iklan pelaburan aham IPO di laman Facebook yang menawarkan pulangan tinggi dengan kadar segera.

Mangsa seterusnya telah berurusan dengan seorang individu melalui aplikasi WhatsApp bagi mendapatkan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pelaburan dan keuntungan yang ditawarkan setelah mendengar penjelasan diberikan serta keuntungan yang bakal diperoleh.

Kumar berkata, mangsa kemudian berminat untuk membuat pelaburan pertama pada Julai 2024 dan telah terima keuntungan sebagaimana dijanjikan.

Ini menyebabkan mangsa percaya pelaburan tersebut betul.

Seterusnya, mangsa dijanjikan akan menerima pulangan lebih tinggi sekiranya menerima menambah pelaburan dan mangsa mempercayainya.

Mangsa membuat beberapa transaksi pembayaran sehingga berjumlah RM1,244,202 ke beberapa akaun yang diarahkan.

Bagaimanapun, dia mengesyaki ditipu setelah tidak menerima sebarang pulangan atas pelaburan tambahan yang dibuat.

Sebaliknya, dia didesak untuk menambah jumlah pelaburan.

Mangsa kemudian membuat laporan polis semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebatan serta denda. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here