KAJANG – Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan terhadap seorang bekas pengasuh taska selepas didapati bersalah mendedahkan seorang bayi perempuan berusia 17 bulan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal, Jun lalu.
Hakim Mazuliana Abdul Rashid menjatuhkan hukuman itu selepasĀ Nor A’in Ismail, 24, mengaku bersalah dari kandang tertuduh.
“Kamu dihukum penjara selama 14 bulan bermula hari ini dengan syarat untuk berkelakuan baik selama dua tahun,” kata hakim itu.
Mazuliana turut memerintahkan Nor A’in untuk berkelakuan baik selama dua tahun serta melakukan khidmat masyarakat selama 120 jam selepas selesai menjalani tempoh pemenjaraan.
Nor A’in dilihat menangis selepas hukuman dibacakan di hadapannya.
Pada Jun lalu, Nor A’in mengaku bersalah bersalah atas pertuduhan mendedahkan seorang bayi perempuan berusia 17 bulan yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
Tertuduh yang ketika itu hamil lapan bulan, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah taska di Bandar Mahkota Cheras, di sini, pada 4.15 petang 28 Mei lepas mengikut Seksyen 3(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. – MalaysiaGazette