Pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pegawai tertinggi JAKIM.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan pegawai tertinggi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berbincang beberapa perkara berkaitan hal ehwal Islam di Malaysia.

Pertemuan yang berlangsung hari ini antara lain menyentuh soal pemikiran dan beberapa aliran yang menyimpang daripada fahaman Ahli Sunnah Wal Jaamah.

“Justeru menuntut tindakan serius dan bersepadu oleh JAKIM dan agensi penguat kuasa bagi menyiasat serta membenteras segala bentuk aliran yang menyimpang sehingga ke akar umbi.

“Intiha, saya tegaskan bahawa Kerajaan MADANI mengambil serius perkara sebegini yang menyentuh pegangan akidah dan syariat umat Islam di Malaysia.

“Moga Allah melindungi kita dan negara ini daripada sebarang bahaya dan ancaman yang menyimpang dan boleh merosakkan pegangan sebenar akidah dan syariat kita,” kata Anwar dalam kenyataan.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Pertemuan itu juga menyentuh prospek ekonomi dalam sektor halal di dalam dan luar negara.

Perdana Menteri berkata, perkara tersebut memerlukan tindakan bersama antara agensi persekutuan bagi membantu merancakkan lagi industri halal Malaysia.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here