Anggota Tentera bersama ahli keluarga tiba di pusat mengundi awal untuk membuang kertas undi bagi menunaikan tanggungjawab sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.29 DUN Mahkota di Kem Mahkota, Kluang. Foto SADIQ SANI, 24 SEPTEMBER 2024.

KLUANG – Proses pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota bermula hari ini melibatkan seramai 4,911 pengundi, masing-masing 4,510 anggota tentera dan pasangan serta 401 anggota polis.

Mereka mula mengundi di tiga pusat mengundi seawal pukul 8 pagi tadi dan akan berakhir pukul 5 petang nanti.

Tiga pusat mengundi awal dibuka iaitu di Dewan Mahkota yang terletak dalam Kem Mahkota; Dewan Pengaman Zamrud Taman Perumahan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sir Ibrahim.

PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.

DUN Mahkota memiliki 66,318 pengundi berdaftar dan hari pengundi dijadualkan berlangsung Sabtu ini. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast