Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain

KUALA LUMPUR – Seorang pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) akan didakwa di Mahkamah Sesyen Klang, esok atas pertuduhan mendera kanak-kanak ketika di bawah jagaan salah sebuah rumah amal yang dikaitkan dengan syarikat itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, lelaki itu akan didakwa di  pada jam 9 pagi.

‘Kita akan tuduh suspek yang dikaitkan dengan video tular mendera kanak-kanak di bawah rumah amal dikaitkan dengan GISBH esok (Khamis),” katanya ketika dihubungi malam ini.

Suspek akan menghadapi pertuduhan di bawah mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Selangor.

Polis Diraja Malaysia pada 16 September lalu telah memulakan siasatan berhubung rakaman video tular di media sosial yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki disyaki didera di rumah amal berkenaan.

Polis juga telah mengesan serta menjejaki kanak-kanak lelaki terbabit dalam kalangan mangsa yang berjaya diselamatkan menerusi Op Global yang dijalankan.

Mangsa dikatakan telah dipisahkan dengan bapanya sejak 2021.

Menerusi rakaman video satu minit sembilan saat itu, seorang kanak-kanak lelaki didakwa didera apabila dia mengerang kesakitan ketika disoal beberapa kali oleh seorang lelaki dewasa.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here