Gambar hiasan

KOTA KINABALU – Seorang kanak-kanak dua tahun dan seorang bayi berusia dua bulan dikhuatiri hanyut dalam kejadian banjir di Kampung Dalit, Sook, dekat Keningau, petang semalam.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kedua-dua mangsa itu dilaporkan hanyut dibawa arus banjir yang melanda kediaman mereka pada pukul 5 petang semalam.

Menurut kenyataan itu terdapat tujuh mangsa hanyut dibawa arus banjir, namun lima daripada mereka selamat manakala dua lagi yang merupakan seorang kanak-kanak dan seorang bayi, masih hilang.

Panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima pada pukul 10.06 malam, sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook dan BBP Keningau bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 110 kilometer.

Anggota dari BBP Keningau berada di lokasi kejadian untuk mengambil maklumat mangsa.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan dan maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa. – BERNAMA

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here