- Lubang benam sedalam kira-kira satu meter berlaku di jalan masuk ke Kompleks Bunga Raya Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

KUALA LUMPUR – Lubang benam sedalam kira-kira satu meter berlaku di jalan masuk ke Kompleks Bunga Raya Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ia berlaku di kawasan berturap antara pintu masuk dan keluar Kompleks Bunga Raya.

Bagaimanapun laluan boleh dilalui kenderaan kerana kawasan berkenaan telah diletakkan penghalang, menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya.

Pemeriksaan di tapak mendapati terdapat satu kumbahan milik KLIA yang berada berhampiran kawasan lubang benam.

JKR mengesyaki kebocoran paip kumbahan sebagai punca berlaku lubang benam.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak Malaysia Airport Berhad.- MalaysiaGazette

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here