- Lubang benam sedalam kira-kira satu meter berlaku di jalan masuk ke Kompleks Bunga Raya Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

KUALA LUMPUR- Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) mengesahkan tiada kerosakan harta benda awam susulan insiden lubang benam berhampiran Kompleks Bunga Raya, pagi tadi.

Pengendali lapangan terbang itu berkata, akses ke Terminal 1 dan 2 KLIA juga tidak terjejas.

Tambahnya, landasan, kawasan pesawat melakukan pendaratan dan pelepasan serta operasi penerbangan tidak terjejas akibat insiden itu.

“Kami mengesahkan satu lubang benam dikesan jam 8.54 pagi tadi jalan luar Kompleks Bunga Raya, kira-kira satu kilometer dari Bangunan Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Pasukan kami telah pun mengepung kawasan tersebut dan membuat penilaian terhadap situasi berkenaan.

“Pihak berkuasa berkaitan termasuk PDRM dan Jabatan Kerja Raya juga sudah dimaklumkan,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Tambah MAHB, jalan yang terjejas telah pun ditutup sementara manakala lencongan dibuka kepada kenderaan yang melakukan operasi pembaikan jalan.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Lubang benam di jalan masuk Kompleks Bunga Raya KLIA

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here