KUALA LUMPUR – Penamatan kontrak Dr Mohd Khairuddin Othman sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) dipercayai ada kaitan dengan salah laku termasuk pembaziran dana yang berlaku sejak Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu diadakan.
Sumber yang enggan dinamakan berkata, di dalam JKOM terdapat satu pasukan yang yang dipertanggunjawabkan untuk mencari dana bagi aktiviti jabatan.
Menurutnya, pasukan itu akan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mencari dana.
Perkara salah laku ini dikesan dalam masa enam bulan, kata sumber itu kepada MalaysiaGazette.
Semalam, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras Dr Mohd Khairuddin Othman mengesahkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) sudah ditamatkan.
Beliau yang dilantik ke jawatan itu sejak 1 Mac lalu memaklumkan, sudah menerima surat penamatan jawatan itu.
Mohd Khairuddin yang juga Setiausaha PKR Selangor dilantik sebagai Ketua Pengarah JKOM bermula 1 Mac lalu.
Pelantikan itu bagi mengisi kekosongan jawatan terbabit yang sebelum itu disandang oleh Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusof. – MalaysiaGazette