Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA – Penamatan jawatan Dr Mohd Khairuddin Othman sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) dibuat mengikut prosedur yang teratur, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Fahmi bagaimanapun beliau enggan mengulas faktor penamatan berkenaan.

“Saya sahkan beliau ditamatkan perkhidmatan semalam. Dalam isu kontrak mana-mana pelantikan dan penamatan ada prosesnya. Pelantikan dan penamatan perkara biasa ia berpandukan proses… Ia adalah teratur.

“Tidak (Tidak boleh terangkan sebab penamatan),” katanya.

Sementara itu, Fahmi juga tidak menamakan pemangku jawatan tersebut sebelum pelantikan baharu dibuat.

Semalam, Mohd Khairuddin mengesahkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pengarah JKOM sudah ditamatkan.

Beliau yang dilantik ke jawatan itu sejak 1 Mac lalu memaklumkan menerima surat penamatan jawatan berkenaan kelmarin. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here