PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki disyaki penjenayah YANG dikehendaki polis mati ditembak di Kampung Baru Kundang, Rawang, Selangor awal pagi ini.

Dalam kejadian juira-kira jam 2 pagi, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) berbalas tembakan dengan sekumpulan individu yang merupakan penjenayah dikehendaki itu.

Penjenayah yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), Nissan Grand Livina dipercayai tidak mengendahkan arahan polis yang mengarahkan supaya memberhentikan kenderaan mereka.

Bagaimanapun, mereka melepaskan tembakan ke arah polis.

Difahamkan tembakan polis mengenai salah seorang suspek.

Polis turut berjaya membuat tangkapan ke atas beberapa suspek kumpulan penjenayah tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, polis akan berkongsi butiran lanjut tentang kes terbabit menerusi sidang media atau kenyataan media dalam masa terdekat. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here