Lebih 10 individu termasuk wanita dan kanak-kanak diperiksa dan dibawa ke IPK Selangor untuk proses dokumentasi dalam satu serbuan di pusat perniagaan yang sebahagian besarnya dimiliki oleh rangkaian GISBH ketika di Bandar Country Homes, Rawang. Foto MOHD ADZLAN, 21 SEPTEMBER 2024.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 10 laporan telah dibuat oleh bekas pengikut Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd (GISBH)  yang mendakwa mereka dijadikan buruh paksa oleh kumpulan tersebut.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi malam ini berkata, semua laporan itu diperoleh selepas beliau menyeru mana-mana mangsa yang pernah dieksplotasi sebagai buruh paksa oleh GISBH segera membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

“Kita mendapati tarikh kejadian (dijadikan buruh paksa) berlaku dari 2013 hingga tahun ini.

“Mangsa terbabit (jadi buruh paksa) pada tarikh kejadian berusia lingkungan antara 14 hingga 20-an,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Menurutnya, mereka dijadikan buruh paksa di Miri, Sarawak; Rawang, Selangor dan Alor Setar, Kedah.

Dalam kenyataan hari ini, Razarudin juga mengesahkan seramai 34 ahli GISBH yang telah selesai menjalani tempoh reman akan ditangkap semula untuk disiasat di bawah SOSMA.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here