Logo Polis Diraja Malaysia (PDRM)

KUALA LUMPUR – Satu rangka manusia, dipercayai bayi, ditemui seorang lelaki yang sedang mencari barangan lama berhampiran Rawangan Bypass, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, rangka manusia itu yang ditemui kira-kira jam 1 tengah hari oleh lelaki berusia 53 tahun itu setelah beliau terhidu bau busuk.

“Polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian ini,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Mohd Asri, satu kertas siasatan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian telah dibuka.

Tambah beliau, jika disabitkan kesalahan pelaku boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menyalurkannya dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641223. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here