Hussein Omar Khan

KUALA LUMPUR – Lelaki yang mati ditembak polis di Rawang hari ini mempunyai 26 rekod kesalahan lampau.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia termasuk kes jenayah dan narkotik.

Suspek juga dikaitkan dengan 10 kes pecah rumah dan pernah dikenakan tindakan di bawah kesalahan POCA Seksyen 15(d).

Menurutnya, dalam kejadian 1.15 pagi tadi, kenderaan polis dirempuh kenderaan suspek setelah suspek enggan memberhentikan kereta Grand Livina dipandunya.

Ekoran daripada itu, kata Hussein, polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan untuk mempertahankan diri dan membuatkan kereta yang dipandu suspek terbabas.

“Suspek telah terkena tembakan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Dalam kejadian tersebut, polis menemui peralatan pecah rumah di dalam kereta suspek. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Penjenayah dikehendaki polis ditembak mati di Kundang

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here