Calon Pakatan Harapan (PH) P.063 Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada ceramah mega bersama calon Perdana Menteri Pakatan Harapan sempena Pilihan Raya Umum ke-15 ketika di Taman Orkid, Sungai Siput, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 14 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Tiada kepentingan dan asas yang kukuh untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) secara terburu-buru dalam masa terdekat hanya kerana desakan pihak pembangkang.

Ketua Penerangan AMK, Nabil Halimi berkata, tindakan berkenaan hanya akan membazirkan masa dan sumber negara.

Menurut beliau, pembangkang harus sedar bahawa mandat yang diberikan oleh rakyat adalah untuk tempoh lima tahun.

“Dalam tempoh tersebut sekiranya prestasi kerajaan
didapati tidak memuaskan hati, maka rakyat berhak memberi mandat kepada gabungan yang lain dalam PRU 16,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata demikian membidas cadangan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Razali Idris, untuk membubarkan Parlimen dengan segera.

Menyifatkan pembangkang kini semakin ketandusan idea-idea alternatif yang dapat memberi manfaat kepada rakyat dan negara, Nabil berkata hampir dua tahun pentadbiran di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelbagai reformasi
ekonomi telah dilaksanakan.

“Seperti penstrukturan semula subsidi, Pelan Hala Tuju
Peralihan Tenaga, dan Pelan Induk Industri Baru 2030.

“Hasilnya, keyakinan pelaburtelah pulih, nilai ringgit mengukuh, dan kadar pertumbuhan ekonomi negara melebihi jangkaan,” tambahnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast