Logo Polis Diraja Malaysia (PDRM)

AMPANG – Dua lelaki Myanmar diberkas selepas memecah masuk sebuah rumah dan melarikan barang berharga dianggarkan bernilai RM10,000 dari sebuah rumah di Taman Bukit Indah pada 17 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner, Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan polis mengenai insiden itu daripada seorang penuntut institut pengajian tinggi awam berusia 22 tahun yang mendakwa rumahnya telah digeledah sebaik sahaja pulang pada 18 Ogos lalu, kira-kira jam 2.10 pagi.

Antara barangan peribadinya yang hilang termasuk jam tangan, telefon bimbit, kamera, laptop, barangan kemas dan wang tunai didapati hilang dianggarkan bernilai RM10,000.

Mohd Azim berkata, bertindak atas aduan dan maklumat pada 23 September lalu, jam 4.20 petang sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ampang Jaya membuat tangkapan ke atas dua suspek lelaki warga Myanmar secara berasingan di tepi jalan Taman Perindustrian Pandan Indah dan tepi Jalan Wawasan di sini.

“Kedua-dua penganggur yang berusia 31 dan 21 tahun itu disyaki terlibat dalam kes terbabit.

“Hasil semakan mendapati suspek kedua mempunyai dua rekod jenayah lampu kesalahan dadah manakala suspek pertama dikesan positif dadah jenis Methaphetamine menerusi ujian saringan air kencing,” katanya.

Mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dan direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 1 Oktober di bawah Seksyen 457 Kanun keseksaan iaitu pecah rumah malam hari yang boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast