Sebuah gudang menyimpan barang elektroinik terpakai terbakar dalam kejadian awal pagi Khamis di Meru Klang.Ihsan Bomba Selangor

KLANG – Sebuah gudang barangan elektronik di Jalan Bukit Kapar, Batu 7 Meru, di sini, terbakar awal pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, bilik operasi Gerakan negeri menerima panggilan awam mengenai kebakaran itu pada jam 4.40 pagi.

Katanya, bertindak atas maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar dengan bantuan BBP Klang Utara, BBP Andalas dan BBP Bukit Jelutong telah bergegas ke lokasi untuk kerja-kerja pemadaman api.

“Sejurus tiba di lokasi, pemerhatian mendapati kebakaran dianggar sebanyak 40 peratus berlaku di sebuah gudang yang dianggarkan berkeluasan 300 x 100 kaki persegi.

“Pemeriksaan awal anggota bomba mendapati kebakaran melibatkan bateri dan barang elektronik terpakai yang disimpan dalam gudang itu,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, bagaimanapun insiden itu tidak melibatkan kemalangan jiwa dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 6.30 pagi dengan bantuan aset termasuk empat jentera Fire Rescue Tender (FRT), dua water tanker serta sebuah EMRS.

Menurut Ahmad Mukhlis, pihak bomba masih menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian dialami. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast