RM41.68 Bilion Kutipan Hasil Kastam Setakat 31 Ogos Lalu #MGFlash

Sejumlah RM41.68 bilion kutipan hasil Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dicapai setakat 31 Ogos tahun ini iaitu lebih tinggi berbanding RM36.13 bilion pada tahun lalu.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata, melalui pencapaian luar biasa itu, JKDM yakin mampu mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan iaitu sebanyak RM56 bilion.