KUALA LUMPUR – Berkat lakonan cemerlang dalam drama SeOfis telah menjulang nama pelakon Malaysia, Siti Saleha pada Majlis Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 semalam.
Pemilik nama penuh Siti Saleha Mohd Baharum, 34, telah dianugerahi trofi Bintang Asia Terbaik.
Menurutnya, kemenangan itu bukan sahaja momen manis buat dirinya malah menjadi satu pencapaian yang bermakna untuk negara.
“Anugerah ini adalah milik kita Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.
Sementera itu, rata-rata netizen di ruangan komen dan rakan selebriti telah mengucapkan tahniah atas pencapaian yang membanggakan nama negara di persada antarabangsa itu.
“Tahniah Saleha! Malaysia bangga dengan pencapaian awak.
“Alhamdulillah, Saleha dan Malaysia mendunia di bumi Korea!” komen netizen.
Untuk rekod, drama berjudul Seofis lakonan Saleha telah membolehkannya tercalon dalam kategori Bintang Asia Terbaik.
Drama bersiri itu disiarkan menerusi platform digital Tonton.
Aktres berkenaan juga telah berjaya menewaskan lima lagi pesaing dalam kategori yang sama termasuk barisan pelakon dari Korea Selatan, Indonesia, Filipina, Thailand, dan Singapura.- MalaysiaGazette