KUALA LUMPUR – Sebuah kereta mewah hangus terbakar sepenuhnya dalam kejadian berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Petaling, Lebuhraya Kesas, di sini hari ini.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu sekitar jam 12.17 tengah hari tadi.
Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota seramai enam orang bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil dikejarkan ke lokasi terbabit.
“Setibanya pasukan bomba di lokasi yang diketuai Komander Operasi, Mohd Khairuddin Abdurrahman memaklumkan kejadian itu melibatkan sebuah kereta hybrid jenis BMW i8.
“Bagaimanapun, kebakaran terbabit berjaya dikawal sekitar jam 12.29 tengah hari dan mangsa yang juga pemandu selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya lagi, kemusnahan kebakaran dianggarkan 100 peratus dan punca kejadia masih dalam siasatan unit forensik. – MalaysiaGazette
Tahniah kerana memiliki kereta eletrik..cuaca harian dgn catatan suhu rata² 31⁰ c (feel like 35⁰ C) memang sesuai untuk kegunaan dinegara beriklim tropika