KUALA LUMPUR – Lebih 3,000 peluang pekerjaan ditawarkan dalam Karnival iKerjaya menerusi Karnival Zakat Selangor yang akan berlangsung di Dataran Karnival Stadium Shah Alam bermula esok hingga Ahad ini.

Karnival yang diadakan sempena sambutan Jubli Mutiara ke-30 Lembaga Zakat Selangor (LZS) menawarkan pelbagai aktiviti menarik termasuk jualan yang bermula 9 pagi hingga 6 petang.

“Tawaran kerja juga melibatkan 30 majikan daripada pelbagai industri dan masyarakat sekitar Selangor, terutamanya golongan asnaf yang sedang mencari peluang kerjaya, dijemput hadir secara langsung untuk memohon dan menghadiri sesi temu duga di karnival ini.

“Bukan itu sahaja, orang ramai yang ingin menyemak kelayakan bantuan zakat atau membuat taksir zakat boleh hadir.

Tambah LZS, diskaun saman sebanyak 30 peratus juga ditawarkan dalam karnival ini bagi memudahkan orang ramai menyelesaikan tunggakan saman, kaunter bayaran saman atau kompaun dengan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengunjung karnival yang bertuah berpeluang memenangi hadiah berupa pakej menunaikan umrah.

“Selain itu, pelbagai jualan daripada usahawan termasuk usahawan asnaf, jualan rahmah, food truck yang menyajikan pelbagai juadah, petting zoo untuk anak-anak, persembahan pentas Islami, CEO Run, sesi perkongsian ilmu yang bermanfaat dan banyak lagi aktiviti menarik menanti pengunjung.

“Penampilan maskot Mechamato dan Boboiboy turut akan memeriahkan lagi karnival ini.

“Orang ramai di sekitar Selangor dijemput hadir bagi memeriahkan lagi karnival ini dan masuk adalah percuma. Maklumat lanjut, layari www.zakatselangor.com.my atau ikuti media sosial rasmi,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here