Pendakwah selebriti, PU Azman atau nama sebenar Azman Syah, 43, didapati bersalah di Mahkamah Sesyen Klang di atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, dua tahun lalu.
Hakim Noridah Adam menjatuhkan hukuman 24 tahun penjara dan dua sebatan, selepas mendapati pihak pembelaan yang mewakili tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan kes.