Latihan bagi menghadapi insiden atau bencana maritim, Search and Rescue Excersice (Sarex) Level 3 di bawah koordinasi Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi telah berjaya dilaksanakan selama tiga hari bermula 25 September hingga 27 September ini.Photo Ihsan Maritim Malaysia

KUALA LUMPUR – Latihan menghadapi insiden dan bencara maritim, Search and Rescue Exercise (Sarex) Level 3 menjadi medan memperkukuhkan hubungan dan persefahaman agensi kerajaan yang terlibat dalam operasi carilamat (SAR) maritim terutamanya dari segi komunikasi agar penyaluran maklumat lebih efektif.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis selaku Kordinator SAR bagi Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, latihan yang dilaksanakan selama tiga hari bermula 25 September lalu turut melibatkan pemerhati daripada agensi kerajaan dan swasta yang mempunyai kepakaran dalam pengurusan krisis.

Katanya, Sarex Level 3 membabitkan tiga fasa berbeza iaitu fasa taklimat, fasa tabletop exercise dan eksesais secara langsung yang dijalankan di sekitar Perairan Penang Port Limit manakala fasa terakhir iaitu Post Mortem di Pengkalan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu,Batu Uban.

“Senario latihan yang dilaksanakan kali ini membabitkan Feri Penumpang yang membawa 150 orang di sekitar Pulau Pinang telah mengalami kebakaran di bilik jentera utama dan menyebabkan 10 orang telah mengalami kecederaan dan 14 orang telah nekad terjun laut untuk menyelamatkan diri dan kesemua mangsa telah berjaya diselamatkan.

“Melalui latihan ini setiap agensi dan jabatan yang terlibat akan dapat menguji prosedur operasi standard (SOP) jabatan dan agensi masing-masing ketika berhadapan dengan situasi sebenar bencana di laut selain bagi mengenalpasti kepakaran khusus yang dimiliki setiap jabatan dan agensi dalam menjalankan operasi CARILAMAT,” ujarnya.

Romli berkata demikian ketika hadir merasmikan Majlis Perasmian Penutup SAREX Level 3 Penang di Dewan Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Satu di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang yang juga Ketua SAREX LEVEL 3, Kepten Maritim Mohd Razali Kasim; Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, Superintendent Lim Chun How; Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana Maritim Malaysia, Kepten Maritim Mohd Ariz Md Kassim; Pengurus Kanan Operasi dan Kawal Selia Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Norlida Saad; dan Ketua Divisyen Perkhidmatan Korporat, Penang Port Sdn Bhd, Encik Muhammad Izza Md Jonid.

-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here