Loh Chi Hui

KUANTAN – Atlet memanah Pahang, Loh Chi Hui dinobatkan sebagai Atlet Terbaik Wanita bagi temasya Para Sukan Malaysia (Para Sukma) 2024 di Sarawak yang berakhir pada hari ini.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, pencapaian cemerlang wanita tersebut bukan sahaja membanggakan negeri ini malahan menyuntik semangat atlet lain.

“Beliau telah memenangi empat pingat emas serta memecahkan rekod kebangsaan dan rekod Para Sukma. Ini adalah pencapai hebat dan membanggakan Pahang.

“Pencapiannya telah motivasikan atlet memanah muda para yang lain dan saya menyaksikan aksi beliau ketika di Kuching tempoh hari,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambah Fadzli, Chi Hui sangat fokus dan komited menghadiahkan pingat kepada Pahang.

Sementara itu, Fadzli berkata, Pahang berjaya mengutip 15 pingat emas pada Para Sukma Sarawak 2024.

Jelasnya, kejayaan itu sekali gus melepasi sasaran ditetapkan iaitu 10 pingat emas.

“Ini pencapaian terbaik Pahang di luar, sebelum ini hanya sembilan emas sahaja,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast