Scarft Pengakap digantung di perkarangan Stadium Darul Makmur sebagai simbolik sempena Program Pahang International Scout Scarf Festival 2024 (PISSF 2024) hari ini

KUANTAN – Seramai 19,397 ahli pengakap dalam dan luar negara menyertai Program Pahang International Scout Scarf Festival 2024 (PISSF 2024).

Acara tersebut mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records (MBOR).

Daripada jumlah itu hampir 1,000 peserta adalah dari Thailand, Myanmar, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, PISSF 2024 mencatat penyertaaan paling ramai dalam festival yang diadakan di Stadium Darul Makmur hari ini.

Fadzli Mohamad Kamal menyertai sesi senamrobik bersama lebih 19,000 peserta pada program Program Pahang International Scout Scarf Festival 2024 (PISSF 2024) di Stadium Darul Makmur hari ini

”Festival yang dianjurkan Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Pahang merupakan penganjuran kali kedua dan  disertai oleh ahli pengakap .

”Cabaran diberikan kepada sektariat Pengakap Kelana, saya sediakan tempat, dan mendapat kerjasama dengan agensi lain,” katanya selepas Program Pahang International Scout Scarf Festival 2024 di Stadium Darul Makmur, di sini, hari ini.

Sementara itu pengarah program, Muhammad Asmawi Sulaiman berkata, tujuan penganjuran program itu adalah untuk mempromosikan Hari Skaf Kebangsaan di samping mempromosikan gerakan pengakap.

Menurutnya, perbezaan dibawa kepada festival tahun ini dengan menyediakan aktiviti yang lebih banyak dan menarik serta memberi tumpuan kepada aktiviti sukan.

”Ia termasuk mengadakan sesi senaman bersama warga Jabatan Belia dan Sukan Pahang dan sesi larian sejauh 5 kilometer.

”Semua peserta diberi pasport penyertaan bagi melayakkan mereka mendapat lencana dan sijil penyertaan setelah melengkapkan semua acara yang disediakan hari ini,” tambahnya.

Konsep utama program PISSF 2024 adalah pemakaian skaf program oleh semua peserta bagi mengenakan pelbagai tema dan corak skaft yang disediakan. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan :

Lebih 20,000 pengakap bakal sertai himpunan PISSF 2024

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here